Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Sunday, May 31, 2015

Lagenda Bola Sepak Malaysia

What's Make A Legends

                   
Sebagai salah seorang peminat bolasepak tegar bola sepak terutama tahun 1970'an,1980'an dan awal 90'an, saya setia mengikuti perkembangan bola sepak ketika itu, baik dalam Malaysia atau pun di Liga Inggeris yang menjadi sorotan utama saya.
Pemain hebat datang dan pergi. Jaguh menjadi idola peminat. Tetapi lahir dan perginya seorang lagenda sukar dicari ganti.
Apakah kriteria yang membolekan seseorang itu diiktiraf sebagai lagenda bolasepak Malaysia. Pada saya terdapat beberapa penilaian yang membolehkan seseirang pemain mencapai taraf legend tersebut.
Pertama, beliau merupakan pemain utama dan tunjang pasukan kebangsaan. Kedua, beliau dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa dan ketiga, secara individu beliau diangkat oleh pemerhati bsepak antarabangsa sebagai pemain yang hebat.
Ramai jaguh dan pemain yang hebat mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Mereka ini begitu menyerlah diperingkat Piala Malaysia atau liga tempatan dan diplih untul mewakili Malaysia di peringkat antarabanga. Pemain pemain hebat seperti Jamal Nasir, James Wong, Hassan Sani,  Ong Yu Tiang, Rashid Hassan, Dollah Salleh, Azizol Abu Haniffah, Shebby Singh, Radhi Mat Din, Hashim Mustapha, Matlan Marjan begitu dihormati dan digeruni dalam liga dan dipilih mewakili Malaysia. Dominasi mereka dipersada liga kebangsaan membolehkan mereka dianggap sebagai lagenda bola sepak negeri masing-masing.

Berikut ialah pemain-pemain yang boleh dianggap sebagai lagenda bolasepak negeri mengikut pengetahuan bola sepak saya sejak awal 1970'an-1990'an. Jika ada nama lagenda negeri yang tertinggal harap maaf.

Lagenda Bola Sepak Negeri

Perlis
1. Bakri Ibni ( 1973-1984)
2. Saidin Osman ( 1980-1990)
3. Manja Man (1990'an
3. Yusri Che' Lah ( 1990'an)

Kedah 
1. Khor Sek Leng @ Azrai Khor ( 1970'an)
2. Radhi Mat Din ( 1980-90'an)
3. Lee Kin Hong (1980-90'an)
4.Nidzam Adzha Yusof (1980-90'an)
5.Ahmad Sobri Ismail (1980-90'an)
6.Azmi Mahmud ( 1990'an)

Pulau Pinang 
1. Namat Abdullah (1970'an)
2. Shaharuddin Abdullah(1970'an)
3. Ali Bakar(1970'an)
4. Isa Bakar(1970'an)
5. Chen Wooi Haw (1980'an)

Perak
1.Abdullah Yeop Nordin(1960an)
1. M.Karathu(1960'an)
2.Wong Kum Fook(1960-70'an)
3.Baharin Khamis (1960-70'an)
4. Jalil Che' Din (1960'an)
5.Ng Boon Bee  (1950-60'an) 
6. R.Visvanathan (1970'an)
7.Azizol Abu Haniffah(1980-90'an)
8.P.Ravindran 'Kinta Ekspres' (1980-90'an)
9. Ahmad Shahrul Azhar (1990'an)

Selangor
1. Edwin Dutton (1950-60'an)
2.Arthur Koh (1950-60'an)
3.Bahwandi Hiralal (1960-70'an)
4.Chow Kwai Lam (1960-70'an)
5. Rashid Hassan (1980'an)
6. Ong Yu Tiang (1980'an )
7.K.Rajagopal(1970-80'an)
8.Wong Hung Nung(1980'an)
9.Redzuan Abdullah(1980'an)
10.Khalid Ali (1980'an)
11.Abdullah Ali(1970'an)
12. Khan Hung Meng (1980'an)
13.Dollah Salleh (1980'an)
14.Razali Alias(1980'an)
15.Zainal Abidin Hassan(1980'an)
16.Ismail Ibrahim (1980-90'an)
17.K.Sanbagamaran (1990'an)
18. Azman Adnan(1990'an)
19. Shahril Arsat (1990'an)


Melaka
1. Robert Choe (1950-60'an)
1. Ramli Junit(1980'an)
2. G.Torairaju (1980'an)
3.Akob Itam (1980'an)

Negeri Sembilan
1. N.Thanabalan (1960-70'an)
1. B.Sathianathan (1980'an )

Johor
1. Muhideen Husin (1970'an)
2. Wan Jamak Wan Hassan (1980'an)
2. Nasir Yusuf( 1980'an)
3. Khalid Shahdan (1990'an)

Pahang
1.Rosmaini Mohd. Shah (1970-80'an)
2.Hamidon Abdullah (1970-80'an)
3.Abdah Aliff (1980'an)
4.Yunus Aliff (1980'an)
5.Jamal Nasir (1980'an)
6.Ahmad Yusof(1980'an)
7.Khairul Azman Mohamed (1980-90'an)
8.Mubin Mokhtar(1990'an)

Terengganu 
1. Sulaiman Rejab (1970'an)
2. Harun Jusoh( 1970'an)
3.Yahya Jusoh (1980'an)
4.Wan Zawawi(1970'an)
5. Nasir Jalil (1970-80'an)
6.Zulkifli Hamzah (1980'an)
7.Ahmad Paijan (1980-90'an)
8. Raimi Jamil (1980'an)

Kelantan
1. Dali Omar(1960'an)
2. Mahadi Yusof(1970'an)
3. Hamid Ramli (1970-80'an)
4.Kamarudin Mohd. Noor(1980'an)
5. Mohd Noor Yaakob(1980'an)
6.Salim Mahmud (1980an)
7. Hashim Mustapha(1980'an)
8.Zahasmi Ismail (1990'an)
9.Zami Mohd Noor (1990'an)

Kuala Lumpur
1.Serbegeth Singh (1980'an)
2. Lim Teong Kim (1980'an)
3.Mat Zan Mat Aris (1980'an)
4. Razip Ismail (1980'an)

Sabah
1. James Wong (1980'an)
2. Hassan Sani (1980'an)
3. Peter Rajah ( 1980'an)
4. Matlan Marjan (1980'an)

Sarawak 
1. Jalil Ramli (1980'an)



Dollah Salleh - Selangor Legend
Azizol Abu Haniffah -  Perak Legend

Radhi Mat Din - Kedah Legend
Hashim Mustapha - Kelantan Legend

Azman Adnan -  Selangor Legend

Terdapat beberapa pemain handalan dan jaguh bola sepak negara yang berstatus lagenda negeri tetapi tiada dalam  '10 Lagenda Bola Sepak Malaysia' yang saya senaraikan. Mereka ini mempunyai sejarah tersendiri, pemain yang hebat, tunjang pasukan negeri, pemain kebangsaan yang hebat tetapi tidak berada dalam kelompok yang lebih luas, iaitu pengiktirafan antarabangsa. Mereka ini bolehla dianggap sebagai 'Malaysian Football  Great'. Di sini saya senaraikan 10 lagenda bola sepak negeri yang berada dalam 

' 10 Malaysia All Time Great Players'

1. Dali Omar
2. Bahwandi Hiralal
3.Ali Bakar
4.Isa Bakar
5.Namat Abdullah
6.Shaharudin Abdullah
7.James Wong
8.Hassan Sani
9. Zainal Abidin Hassan
10.Lim Teong Kim

Dali Omar - Malaysia Great

Bahwandi Hiralal

Ali Bakar 
Isa Bakar

Namat Abdullah

Shaharudin Abdullah

James Wong 

                                                                                                 Hassan Sani

                                                                                            Zainal Abidin Hassan

                                                                                             Lim Teong Kim

Untuk menentu dan memilih 10 lagenda bola sepak Malaysia saya melihat sumbangan, kejayaan dan pengiktirafan yang diberikan oleh pemerhati bola sepak dari dalam dan luar negara. Pemain-pemain ini diktiraf oleh media antarabangsa antara yang terbaik di Asia dan kebanyakannya berada dalan Asia First IX pada zaman mereka, dan mereka layak digelar 'Lagenda Bola Sepak Malaysia'

10 Lagenda Bolasepak Malaysia ( Mengikut Tahun Penglibatan )

1. Abdul Ghani Minhat, (1950-60'an )
2. Chow Chee Keong ( 1960-70'an)
3. M.Chandran,  (1960-70'an)
4. Wong Choon Wah, (1960-70'an)
5. Syed Ahmad (1960-70'an)
6.Soh Chin Aun (1970-80'an)
7.Mokhtar Dahari,  ( 1970-80'an)
8. R.Arumugam, (1970-80'an)
9. Shukor salleh (1970-80'an)
10. Santokh Singh (1970-80'an)


   1. ABDUL GHANI MINHAT  ( 1956 -1969)                                                                                                                            
2. CHOW CHEE KEONG (1963-1982 )
Negeri : Selangor

Chow Chee Keong  merupakan seorang legenda penjaga gol Malaysia. Beliau disenaraikan dalam Top 10 Penjaga Gol Terbaik Asia Sepanjang Zaman.
Beliau digelar Pintu Besi Asia ketika beraksi di Liga Hong Kong. Beliau telah mewakili pasukan Malaysia Bawah 20 Tahun ketika baru berusia 13 tahun pada 1963. Dua tahun berikutnya, beliau diserapkan ke dalam skuad senior. Beliau dipilih sebagai penjaga gol terbaik Asia sebanyak 5 kali pada tahun 1966 hingga 1970. 
Beraksi untuk pasukan Hong Kong Rangers FC pada tahun 1970 sebagai pemain tetamu sebelum menyertai pasukan Jardines. Setahun selepas itu, beliau menyertai South China AA selama 3 musim. Pasukan Tung Sing merupakan pasukan terakhir beliau ketika di Hong Kong sebelum pulang ke Malaysia pada 1982. Beliau beraksi untuk skuad Malaysia 3 tahun berturut-turut sebelum bersara dari arena bola sepak.

3. M.CHANDRAN ( 1959-1974 )


M.Chandran adalah pemain pertahanan paling lengkap yang pernah dillahirkan di Malaysia, berdasarkan kepada pencapaian dan kejayaan selama 15 tahun kariernya dalam bola sepak seawall tahun 60’an sehingga persaraannya tahun 1974.
Lahir di Sungai Siput Perak pada 1942, Chandran adalah ketua pasukan kebangsaan dengan jumlah 163 caps dan membawa pasukan Malaysia ke era emas dan mencetak namanya sebagai pemain pertahanan terbaik negara sepanjang zaman.

Pencapaian : Juara Piala Malaysia 6 kali
                    Sukan Olimpik Munich 1972
                    Gangsa Sukan Asia 1974



4. SYED AHMAD (1965 - 1982)

Lahir : 1946, Johor
Penglibatan : Malaysia 1965-74
                      Johor 1960-64
                      P.Pinang 1965-72
                      Perak 1972-80

Syed Ahmad paling diingati apabila menjaringkan 5 gol untuk Malysia pada Pusingan Kelayakan Olimpik 1971 menentang Jepun, Korea Selatan dan Taiwan yang membolehkan Malaysia layak ke Olimpik Munich 1972 dan diiktiraf sebagai pemaian terbaik pusingan kelayakan.
Beliau juga bermain untuk pasukan kebangsaan yang memenangi pingat gangsa Sukan Asia Teheran 1974.



Wong Choon Wah (kiri) bersama rakan senegara
Chow Chee Keong ketika beraksi d Liga Profesional
Hong Kong
5. WONG CHOON WAH ( 1968-1978)

Negeri : Selangor
Penglibatan : Malaysia 1970-74
Selangor : 1968-72, 1974-78
Pencapaian : 5 kali Juara Piala Malaysia
                        Olimpik Munich 1972

Wong Choon Wah adalah salah seorang pemain Malaysia yang paling awal bermain professional di luar negeri, bermain untuk South China FA dalam liga Hong Kong. Semasa menentang Jerman Barat pada Olimpik Munich 1972, beliau telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan yang turut disertai pemain seperti Jupp Heynckess, Ottomar Hiztfield

6. SOH CHIN AUN ( 1969 - 1985 )
Soh Chin Aun ketika beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972
Penglibatan :Malaysi :1970-1985 (252 caps,10 gol
                      Selangor : 1970- 1980( 345 caps, 5 go
                       Melaka  : 1981-1983 ( 37 caps, 1 gol 
Pencapaian    : Juara Pestabola Merdeka 5 kali
                           Juara Piala Malaysia 9 kali
                           Ketiga Sukan Asia Tehran 1974
                           Pingat Emas Sukan SEA 2 kali
                           Olimpik Munich 1972
                           Olimpik Moscow 1980 ( Malaysia menarik diri )

Soh Chin Aun ( lahir 1950 di Melaka) adalah ketua pasukan kebangsaan bermula 1976-1985. Beliau dikenali dengan gelaran ‘Tauke’ di kalangan rakan dan peminat bolasepak.
Pada 1971, semasa bermain di pusingan kelayakan Olimpik Munich, beliau adalah pemain paling muda kebangsaan dan ketua pasukan Malaysia ketika layak ke Olimpik Moscow 1980.
Gandingannya bersama Santokh Singh adalah yang paling solid untuk pasukan Selangor dan Malaysia pada tahun 70’an dan dianggap antara pertahanan terbaik di Asia. Pada 1999 beliau menjadi sebahagian AFC Century Club.

           7. MOKHTAR DAHARI ( 1970-1985)
Penglibatan : Malaysia : 1972-85 ( 167 caps , 125 gol)
Selangor : 1972-87 ( 375 caps, 177 gol )
Pencapaian :     
Juara Pestabola Merdeka 4 Juara Sukan SEA 1977, 1979        Gangsa Sukan Asia 1974
Juara Piala Malaysia 7 kali

Mokhtar digelar 'Super Mokh' adalah salah seorang penyerang terbaik Asia. Sebagai penyerang, beliau digeruni dengan larian deras dan ledakan tendangan yang kencang. Tidak pernah ada pemain yang menerima perhatian sepertimana yang beliau perolehi sehingga mendiang Bobby Robson mengaguminya apabila menewaskan penjaga gol Man City Joe Corrigan dari jarak 30 meter semasa Malaysia menentang England B pada 1977.


8. R.ARUMUGAM ( 1971-1986)

Negeri : Selangor
Penglibatan :  Malaysia 1973-86
                         Selangor 1971-88
Pencapaian :     Juara Piala Malaysia 8 kali
                         Juara Sukan SEA 1977, 1979
                         Juara Pestabola Merdeka 4 kali
                         Gangsa Sukan Asia 1974
                         Sukan Olimpik Moscow 1980

R. Arumugam adalah penjaga gol utama negara pada tahun 1970'an sehingga pertengahan 1980'an. Digelar 'Spiderman' oleh rakan dan peminatnya kerana mempunyai jangkauan yang panjang.

Arumugam mula mewakili Malaysia pada 1973 pada pusingan kelayakan Piala Dunia 74' di Seoul.Memenangi Piala Malaysia sebanyak 8 kali dan Pestabola Merdeka sebanyak 4 kali. Mewakili Malaysia sebanyak 200 perlawanan.

                                         9. SHUKOR SALLEH ( 1966- 1980)
                                                                                 
                                             Negeri : Pulau Pinang
                                             Penglibatan : P.Pinang 1966-85
                                             Malaysia 1966-80 ( 215 caps)
                        Pencapaian : Juara Pestabola Merdeka 4 kali
                                              Pingat Emas Sukan SEA 1977, 1979
                                              Pingat Gangsa Sukan Asia 1974
                                             Juara Piala Malaysia 1974
Shukor adalah pemain kedua mendapat caps tertinggi selepas Soh Chin Aun (252 caps). Beliau adalah pemain utama Malaysia yang layak ke Olimpik Moscow apabila Malaysia menewaskan Korea Selatan pada 1980.


Shukor dianugerahkan gelaran Olahragawan Negara 1977 atas sumbangannya terhadap bola sepak negara.                                                                                                                                                             
                      10. SANTOKH SINGH ( 1972- 1980)
Santokh bersama gandingannya Soh Chin Aun

Santokh Singh adalah pemain pertahanan tengan yang digeruni oleh penyerang lawan. Bergandingan dengan 'tauke' Soh Chin Aun, gandingan ini dianggap antara yang terbaik di Asia pada ketika itu. Santokh mula mewakili malaysia pada 1972-1980. Bersama lagenda yang lain seperti Chin Aun, Mokhtar Dahari dan Arumugam, pasukan Selangor telah memonopoli Piala Malaysia disamping membantu Malaysia memenangi 3 kejuaraan Pestabola Merdeka, Pingat Emas Sukan SEA 1977, 1979 dan layak ke Olimpik Moscow 1980


de'Lenjen - Legend kampung aje...

5 comments:

Unknown said...

Good share & info.. tqvm boss

lianabain91 said...

salam.
macam mana nak dapatkan gambar pemain perak tahun 70 - 80an.. sebab sy mencari gambar ayah saya. Ibrahim Bin Abu Bakar. Kalau tahu macam mana nk dapatkan, boleh email sy. lianabain91@gmail.com. tq

Unknown said...

Mana nama Syed Ahmad.. Beliau adalah legenda pemain bolasepak negara. Asal Johor

Unknown said...

Syed Ahmad menang lagenda yg tidak akan dilupakan, saya pernah tengok aksi beliau di Padang Taiping, namanya memang sudah tercatit di atas. Tkasih

Dr. Zabidin Hj Ismail said...

Syed Ahmad menjaringkan 6 gol drp 12 jaringan Malaysia di pertandingan kelayakan sukan olimpik di Seoul. Akhbar Korea mengiktiraf Syed sebagai hero kejohanan walaupun penyerang Jepun bertaraf dunia Kamamoto turut bermain mewakili Jepun.